Nani kekal di Old Trafford sehingga 2018

ENGLAND – Nani mengesahkan masa depannya bersama Manchester United apabila menandatangani kontrak baharu untuk tempoh lima tahun lagi bersama kelab itu.

Ini bermakna Nani akan terus berada di Old Trafford sehingga 2018.

Berita itu juga menamatkan spekulasi berhubung masa depan Nani, sekali gus menjadikannya sebagai pemain yang bakal berkhidmat bersama United selama 11 tahun.

Sebelum ini pemain sayap Portugal itu menjadi buruan Juventus, Monaco, Galatasaray, Zenit St Peterburg dan Azhi Makhachkala.

Nani yang ditandatangani dengan nilai 17 juta pound (RM88 juta) daripada Sporting Lisbon pada 2007 berkata, pengurus pasukan, David Moyes telah meyakinkan dirinya untuk terus kekal bersama United.

“Bermain bersama United adalah satu pengalaman yang amat menarik buat saya.

“Ketika saya menyertai kelab ini saya tidak pernah membayangkan kecemerlangan yang akan diraih dan saya gembira bersama United.

“Menjalani latihan bersama pemain hebat yang sentiasa ingin memenangi trofi setiap tahun telah membangkitkan motivasi saya.

“Saya sangat gembira dengan kepercayaan yang diberikan oleh pengurus dan saya memandang kehadapan untuk membantu pasukan memenangi banyak gelaran,” kata Nani.

Nani membuat penampilan pertamanya ketika United berada di bawah bimbingan Moyes ialah ketika tewas kepada United 0-1 pada Ahad lepas. – Agensi