Mesut Ozil sah milik Arsenal

LONDON: Arsenal hari ini mengumumkan sudah mengikat pemain tengah antarabangsa, Mesut Ozil dari Real Madrid.

“Ozil menyertai Arsenal untuk kontrak jangka panjang menerusi perjanjian rekod-kelab,” demikian menurut kenyataan di laman web Arsenal.

“Ozil, 24, menyertai Arsenal dari Real Madrid, di mana beliau membuat sebanyak 159 penampilan dalam tiga tahun. Ketika itu, beliau memenangi La Liga dan Copa del Rey.

Bagaimanapun, Arsenal tidak mendedahkan jumlah kontrak perpindahan berkenaan, namun media tempatan melaporkan perjanjian itu bernilai AS$66 juta (RM216juta).

“Kami amat gembira untuk mengikat Mesut Ozil bersama pasukan ini,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger. – AFP