Messi bayar cukai USD6.59 juta elak hukuman

MADRID: Bintang sensasi Barcelona, Lionel Messi dan bapanya membayar lima juta euro kepada jabatan percukaian menjelang kehadiran di mahkamah atas tuduhan cuba mengelak daripada membayar cukai, lapor media.

Akhbar Sepanyol melaporkan perintah mahkamah di Gava berkata, bapa pemain kebangsaan Argentina itu, Jorge Messi mendeposit bayaran sebanyak lebih empat juga euro iaitu cukai yang belum dibayar termasuk faedah kepada mahkamah pada 14 Ogos lalu.

Pegawai mahkamah tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan pengesahan.

Pendakwa raya berkata, Messi dan bapanya cuba menipu hal percukaian dari 2006-2009. – AFP