Malaysia juara Bola Sepak Asia Tenggara B-16

Kuala Lumpur: Malaysia dinobatkan sebagai juara Kejohanan Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) Bawah 16 Tahun selepas unggul menumpaskan Indonesia 3-2 menerusi sepakan penalti pada aksi final, kelmarin.

Perlawanan sengit itu terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti selepas masa permainan sebenar berakhir dengan keputusan 1-1.

Tak putus asa

Sebelum ini, di pentas senior skuad Garuda turut dikecewakan Harimau Malaya 4-2 di final Piala Suzuki AFF 2010 dan turut menerima kekalahan 4-3 kepada pasukan bawah 23 tahun pada penentuan emas Sukan SEA, dua tahun lalu.

Malaysia Coach Balachandran

“Pemain mempamerkan usaha berterusan. Kemenangan ini membuktikan hasil yang kami peroleh selepas bekerja keras tanpa putus asa untuk mencapai kejayaan. Pemain melakukan tugas dengan baik dan melaksanakan setiap arahan yang diberikan,” kata jurulatih negara, S Balachandran.

Indonesia mendahului pada minit ke-28 selepas penyerangnya, Gatot Wahyudi bijak menyempurnakan hantaran Reksa Maulana sebelum skuad negara menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti disempurnakan oleh Muhammad Shahrul Adnan untuk mengheret ke penentuan penalti dengan Mohd Haziq muncul wira dengan gol kemenangan.

Highlight