Liverpool rampas takhta liga

SWANSEA, Wales 17 Sept. – Liverpool kembali merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris walaupun sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dengan Swansea semalam.

Reds telah mencatat tiga kemenangan sebelum ini dan hasrat mencipta kemenangan keempat terbantut selepas jaringan penyamaan Michu menafikan kelebihan 2-1 hasil jaringan Daniel Sturridge dan Victor Moses.

Tuan rumah terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Jonjo Shelvey.

Liverpool kini mengumpul 10 mata, satu mata melebihi Arsenal dan Tottenham. – Agensi

Highlight