FAM tolak bantahan Perak

Ipoh: Bantahan rasmi Perak terhadap tindakan pengadil Nafeez Abdul Wahab tidak mengiktiraf jaringan hasil tandukan Paulo Rengel yang melepasi garisan gol dalam pertemuan dengan Lions XII di Stadium Jalan Besar, pada 31 Ogos lalu hanya sia-sia.

Artikel isu bantahan di sini.

Ini kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) gagal mencari penyelesaian kepada bantahan Seladang yang dibuat pada 2 September lalu.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan sudah menerima jawapan rasmi mengenai isu itu daripada FAM.

Menurut FAM, pembantu perlawanan 1 dan pengadil tidak dapat melihat dengan jelas kedudukan bola ketikat insiden itu berlaku.

Usaha FAM meneliti rakaman video itu juga tidak membantu kerana masih tidak jelas.

Langkah mendapatkan rakaman selari garisan gol dan juga dari pihak Singapura juga gagal membantu.

Selain kontroversi gol pada min-78 tersebut, PAFA juga kecewa dengan tindakan FAM menurunkan pengadil yang sama seperti perlawanan sebelum itu di Ipoh.