David Beckham dan Taylor Swift berlakon filem

London: Penyanyi Taylor Swift bakal berlakon membawa watak utama di samping bekas bintang bola England, sepak David Beckham berjudul The Secret Service.

Taylor adalah seorang daripada bintang terkenal yang diambil membintangi filem berbajet besar arahan Matthew Vaughn itu.

Selain Taylor, 23, The Secret Service turut membariskan pelakon Colin Firth, Samuel L Jackson dan Michael Caine.

Sebagai daya tarikan filem itu menampilkan kemunculan istimewa Beckham.

Turut menerima tawaran sama ialah Elton John dan Adele.

The Secret Service dianggap sebuah filem penyiasatan abad ke-21.

Taylor membawa watak utama yang menjadi mangsa penculikan penjahat – dilakonkan oleh Samuel L Jackson.

Penggambaran filem itu dijangka bermula pada akhir tahun ini untuk tayangan pada November 2014.

Sumber berkata, kebanyakan penggambaran dijalankan di London dan selatan Perancis.