Wanita kurung 2 lelaki dijel

Madison: Seorang wanita Wisconsin dipenjara selepas dituduh mengurung dua lelaki dan memaksa seorang daripadanya melakukan seks dengannya.

Terry L Boyd, 52, ditahan Isnin lalu dan didakwa dengan tuduhan mengurung secara paksa, menghalang tugas polis, salah laku dan mengingkari ikat jamin.

Polis menyelamatkan kedua-dua lelaki itu selepas menerima panggilan daripada jiran Terry yang mengadu mendengar orang bergaduh dan suara seorang lelaki menjerit meminta tolong.

Anggota polis tiba di tempat kejadian, tetapi Terry menghalang mereka masuk.

Seorang lelaki itu mencampakkan kunci ke arah anggota polis yang kemudian memecah masuk ke dalam kediaman berkenaan. – Agensi

2 Replies to “Wanita kurung 2 lelaki dijel”

Comments are closed.