Video – Wanita berang teman lelaki lamar di tempat awam

Dubai: Seorang remaja tanpa segan silu melutut di khalayak ramai, meminta kekasihnya berkahwin dengannya.

Bagaimanapun, tindakan remaja itu mencetuskan kemarahan gadis itu yang kemudian memukul kepalanya dengan ukulele.

Kejadian itu yang dirakam di sebuah pusat beli-belah di Dubai menunjukkan lelaki berkenaan, dipercayai warga India, dan gadis itu berjalan ke arah sekumpulan pemuzik jalanan.

Ketika pemuzik berkenaan mula memainkan lagu, remaja itu mencapai mikrofon dan berucap: “Saya mempunyai satu mesej istimewa untuk seorang gadis istimewa. Saya mula berkenalan dengannya tiga bulan lalu, di sini.

“Kamulah jantung hati saya. Kamulah cinta hati saya, Dan kamulah segala-galanya bagi saya. Saya tahu kamu mungkin terkejut tetapi saya mahu semua orang tahu, kamu menjadikan hidup saya bahagia.”

Ketika pengunjung pusat beli-belah itu semakin ramai mengerumuni, keadaan mula berubah buruk bagi lelaki berkenaan selepas kereta api mainan pusat beli belah itu melintasi pasangan berkenaan, menjejaskan suasana.

Gadis itu yang tersipu-sipu pula berkata: “ Oh tuhan. Semua orang melihat kita.”

Tanpa mempedulikannya, lelaki itu menyambung: “Saya mempunyai puisi untuk anda dan saya mahu semua orang mendengarnya.

“Apabila anda senyum, seluruh dunia terhenti dan merenung seketika. Jantung saya berhenti berdegup dan tidak ada lain yang saya cari kecuali kamu.”

Ketika dia mula hendak melutut sebelah kaki, gadis itu merayu supaya dia tidak meneruskannya. Tetapi lelaki itu menyambung tindakannya: “Dan saya mempunyai satu soalan untuk kamu. Kamu menjadikan saya orang paling bahagia di dunia.”

Bagaimanapun, gadis itu tidak sanggup melihat perbuatan lelaki itu seterusnya. Dia merampas gitar kecil daripada seorang pemuzik jalanan itu dan memukul kepala lelaki berkenaan dengan alat muzik tersebut, menyebabkan dia jatuh ke lantai. Gadis itu kemudian mencampakkan instrumen berkenaan dan meninggalkan tempat itu.

Video berkenaan mencatatkan hampir 2,100,000 tontonan di YouTube. Bagaimanapun, ada dakwaan bahawa kejadian itu mungkin lakonan. – Agensi

 

2 Replies to “Video – Wanita berang teman lelaki lamar di tempat awam”

Comments are closed.