V. Sundramoorthy latih N. Sembilan musim depan

FAS dijangka akan memulakan pencarian jurulatih baru skuad bolasepak Sukan SEA Singapura.

Menurut sumber, V. Sundramoorthy telah bersetuju bersama N. Sembilan selepas saingan Piala Malaysia berakhir.

Beliau ketika ini menjadi jurulatih skuad LIONSXII dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia dikhabarkan telah bersetuju menandatangani kontrak 2 tahun bersama Negeri Sembilan musim hadapan.

Ini bermakna beliau tidak akan menjadi jurulatih bawah 23 tahun negara itu di Myanmar nanti. – NST