Rajagobal dikekalkan sehingga Disember ini

FAM telah memutuskan untuk mengekalkan jawatan Datuk K. Rajagobal sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya sehingga Disember ini.

Walaubagaimanapun kontrak tersebut tidak akan diperbaharui selepas itu kerana Jawatankuasa Teknikal FAM beranggapan bahawa beliau gagal mencapai KPI yang memuaskan. Beliau hanya mendapat satu kejuaraan sepanjang menjadi jurulatih negara iaitu Piala AFF 2010 yang lalu.

Pemilihan jurulatih baru akan diputuskan kemudian kerana FAM merasakan masanya belum tiba untuk berbuat demikian.

Keputusan ini menyaksikan Rajagobal hanya akan bertanggungjawab untuk 2 perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Bahrain pada Oktober dan November ini sebelum kontraknya tamat.