Pelakon Gia Allemand mati gantung diri


NEW ORLEANS – Pelakon Amerika Syarikat dan teman wanita kepada pemain Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA), Ryan Anderson ditemui mati selepas cuba membunuh diri kelmarin, lapor jurucakapnya.

Menurut jurucakapnya, Penelope Jean Hayes, Gia Allemand, 29, (gambar) yang pernah muncul dalam program mencari pasangan, The Bachelor dan Bachelor Pad dibawa ke sebuah hospital di sini selepas dia cuba membunuh diri dengan menggantung diri di rumahnya.

Allemand ditemui oleh Anderson, 25, yang bergegas mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, Allemand disahkan meninggal dunia selepas mesin pembantu hayat terpaksa dihentikan kerana baha- gian otak dan organnya yang lain gagal berfungsi.

Akhbar Daily Mail turut melaporkan, mendiang dikatakan tertekan dengan keretakan hubungannya dengan Anderson sejak kebelakangan ini.

Allemand merupakan seorang penari balet profesional dan pelakon yang memulakan kerjayanya sebagai model untuk iklan bayi, Johnson & Johnson. – AP