PAFA kecewa insiden baling mercun

Ipoh: Jangan akibat setitik nila rosak susu sebelanga! Itulah peringatan yang diberikan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin kepada penyokong Seladang yang gemar membuat onar.

Peringatan Zainol yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri dibuat berikutan insiden membaling mercun ketika perlawanan Piala Malaysia antara Perak dengan Sarawak di Stadium Perak, malam kelmarin.

Akibat tindakan itu menyebabkan perlawanan dihentikan lebih kurang 15 minit sebelum diteruskan semula pengadil, Muhammad Zamzaidi Katimin selepas keadaan reda seperti sedia kala.

Keadaan menjadi gawat apabila beberapa mercun dibaling dari tempat duduk penonton itu sebaik selepas Perak menjaringkan gol penyamaan melalui Paolo Rangel pada m-63.

“Saya tahu mereka masih meraikan Syawal tetapi bukan di dalam stadium. Kejadian ini cukup memalukan. Ia menjejaskan maruah pasukan dan juga negeri. Saya kecewa dengan sikap segelintir penonton yang tidak menunjukkan kematangan.