Liga S: Harimau Muda B benam Young Lions

Pasukan Harimau Muda mengalahkan Young Lions 2-1 dalam perlawanan Liga Singapura pada malam Khamis.

Syazwan Tajudin menjaringkan gol pembukaan di Stadium Jalan Besar selepas hanya dua minit hasil tendangan percuma tetapi pasukan Malaysia itu terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Ridzuan Abdunloh dibuang padang pada minit ke 38.

Walau bagaimanapun Hanif Dzafir menggandakan kelebihan gol pasukannya seminit selepas masa rehat dan Harimau Muda mengakhiri perlawanan dengan tiga mata walaupun pemain Young Lions Afiq Yunos berjaya menanduk masuk gol 17 minit sebelum masa tamat.

Keputusan ini juga bermakna pasukan Young Lions masih belum mencatatkan kemenangan tahun ini selepas 18 perlawanan.

Perlawanan

Harimau Muda mula dengan baik apabila dihadiahkan tendangan percuma di sayap kiri. Tendangan percuma Syazwan membolosi gawang dengan usaha Syazwan Buhari yang menarik perhatian pemain pertahanan untuk membuka ruang selepas hanya dua minit.

Young Lions cuba membangkitkan permainan dan mencipta gerakan serangan pertama pada minit ke sembilan; Iqbal Hussain merembat tendangan percuma Raihan Rahman tetapi penjaga gol Hafizul Hakim berjaya menyelamatkan bola.

Sembilan minit kemudian pasukan tuan rumah mengancam lagi hasil usaha Afiq dari sepakan penjuru Sherif El-Masti tetapi Hafizul berjaya menyelamatkannya.

Young Lions mula menguasai perlawanan dan mendapat kelebihan pemain pada minit ke 38 apabila Ridzuan mengasari Al-Qaasimy Rahman dan dilayangkan kad merah oleh pengadil Taqi Jahari.

Tetapi Harimau Muda tidak menyerah diri dan mendapat gol kedua 45 saat selepas masa rehat hasil usaha Hanif yang melepaskan rembatan dari jarak jauh – bola terkena tiang gol sebelum melantun masuk dari kepala penjaga gol Young Lions Syazwan Buhari.

Young Lions merampas penguasaan bola dan akhirnya mendapat gol pada minit ke 73 apabila Afiq menanduk masuk gol dari sepakan penjuru tetapi Harimau Muda berjaya mengekalkan keputusan 2-1 hingga wisel penamat.
Harimau kini menduduki tempat ke 7 dalam kedudukan Liga Singapura.

Courts Young Lions: Syazwan Buhari, Al-Qaasimy Rahman, Raihan Rahman, Afiq Yunos, Hanafi Ghazali, M. Anumanthan, Nur Na’iim Ishak (Afiq Noor 50′), Iqbal Hussain (Stanely Ng 69′), Sahil Suhaimi, Nur Ridho (Fareez Farhan 32′), Sherif El-Masri.

Harimau Muda: Hafizul Hakim, Syawal Nordin (Syafiq Shalihin 82′), Syazwan Tajudin, Nashriq Yahya, Asri Mardzuki, Akhir Bahari (Yazid Zaini 90′), Hanif Dzahir, Iskandar Hanapiah, Faizat Ghazli, Ridzuan Abdunloh, Syafwan Syahlan (Akmal Ishak 66′).