KFA meterai perjanjian kerjasama dengan Cardiff City

ALOR STAR: Persatuan bolasepak Kedah (KFA) telah secara rasminya menandatangani perjanjian pembangunan dengan kelab dari EPL iaitu Cardiff City semalam.

Di bawah perjanjian tersebut (MoU), Jurulatih Cardiff Cityakan membantu skuad kenari memperbaiki pelan latihan, teknikal dan kemudahan dalam bolasepak.

Menteri Besar Kedah dan persiden KFA Datuk Mukhriz Mahathir berkata kerjasama ini akan menjadi titik permulaan untuk mewujudkan akademi bolasepak di Kedah.

Mukhriz berkata, akademi bolasepak itu akan ditubuhkan untuk memberi fokus kepada skuad pelapis pasukan negeri Kedah pada masa akan datang.

Majlis menandatangani MoU semalam, Mukhriz mewakili KFA manakala Cardiff City FC diwakili sendiri oleh pemilik kelab, Tan Sri Vincent Tan.

“KFA dan Kedah Development Corporation (PKNK) telah mengadakan perbincangan bersama Tan untuk menubuhkan akademi di Kedah, jadi kami berharap ia akan menjadi kenyataan tidka lama lagi.” beliau berkata selepas majlis tersebut di TH Hotel semalam.

Tan Sri Vincent Tan juga menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak 2 juta kepada KFA dalam majlis tersebut.

Sumber gambar