Kedah cemerlang di Jalan Besar

LionsXII memulakan kempen Piala Malaysia dengan menerima kejutan dari pasukan liga Perdana, Kedah setelah diikat seri 2-2.

Juara Liga Super itu mendahului pada min ke-11 apabila kesilapan benteng Kedah Farizz Azlan memberi laluan kepada penyerang LionsXII Fazrul Nawaz merampas bola dan membuat hantaran kepada Shahril Ishak yang mudah menanduk masuk ke gawang Kedah tanpa dikawal.

Kedah bagaimanapun bangkit setelah penyerang kebangsaan, Khyril Muhymeen membuat hantaran kepada import Kedah dari Crotia Alan Guc yang dengan cemerlang menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat tuan rumah 1-1 pada min ke-23.

Penyerang LionsXII, Shahriq Ghani bagaimanapun berjaya menceriakan penyokong tuan rumah dengan jaringan cantik dari sepakan percuma pada min ke-65.

Kedah yang tidak berputus asa bagaimanapun berjaya memperoleh gol penyamaan pada min ke-93 menerusi jaringan penalti Alan Guc setelah pertahanan LionsXII mengasari pemain Kedah dikotak penalti.

Jurulatih Kedah, Antonio Sisic berpuas hati dengan persembahan pasukannya yang berjaya menewaskan juara Liga Super itu.

Sementara itu, jurulatih LionsXII, V Sudramoorthy begitu kecewa dengan keputusan perlawanan tersebut “seri merupakan satu kekalahan buat kami” katanya.

Highlight