Johor DT ikat Rodriguez

Johor Bahru: Johor Darul Takzim (DT) berjaya mengikat bekas penyerang Atletico Madrid dan Real Zaragoza, Braulio Nobrega Rodriguez untuk menyertainya bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Pemain berusia 27 tahun itu akan bergandingan dengan bekas bintang Argentina dan Benfica SL, Pablo Aimar yang sebelum ini turut bersetuju menyertai Johor DT.