Jakim putuskan video Maznah menghina Islam

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan klip video 1 Hari Di Hari Raya yang disebarkan di laman sosial YouTube jelas menghina Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Saya telah mengarahkan Jakim memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri bernilai RM600,000 kepada 3,000 pengawal keselamatan dan sumbangan bernilai RM40,000 kepada 100 pendakwah bebas di sini semalam.. [kosmo]