Filem KL Gangster 2 bocor di internet

Filem terbaru Syamsul Yusof telah menemui penontonnya lebih awal dari jangkaan. Ada pihak telah membocorkan salinan filem yang telah siap ini ke pautan muat turun di internet.

Filem ini dijangka menemui penonton di pawagam pada 3 Oktober ini.

Pautan muat turun in boleh didapati di website muat turun filem diinternet.

Syamsul beri amaran dan amat kecewa dengan nasib filem barunya

Kami paparkan beberapa screenshot dari website yang menyediakan muat turun filem penuh KL Gangster 2 ini untuk tatapan anda.

Syamsul Yusof menerusi akaun Facebook beliau meluahkan rasa kesal dengan penyebaran filem terbaru beliau ini dan akan mengambil tindakan sekeras kerasanya terhadap mereka yang bertanggungjawab.

KL Gangster 2 yang menampilkan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra & Rosyam Nor di’jadualkan bakal menemui penonton pada 3 Oktober ini.

Trailer