Deco umumkan persaraan

RIO DE JANEIRO – Bekas pemain tengah Portugal, Deco mengumumkan persaraannya kelmarin, sehari kurang dari hari jadinya ke-36 selepas deretan kecederaan yang mengecewakan.

“Saya mahu meneruskan sehingga akhir kejohanan Brazil tetapi saya tidak sampai kepadanya.

“Saya mahu membantu Fluminense lebih daripada yang saya buat tetapi badan saya tidak membenarkan saya,” kata bekas pemain Porto, Barcelona dan Chelsea ini yang kini bermain buat juara Brazil, Fluminense dalam satu kenyataan.

Deco membuat penampilan terakhirnya menentang Goias, Rabu lalu.

Deco kelahiran Brazil dibesarkan di Corinthians dan berpindah ke Portugal pada 1997 sebelum dia menyerlah di negaranya.

Dia mulanya menyertai Alverca tetapi kariernya maju selepas berpindah ke Porto pada 1998.

Deco ketika bersama Chelsea bertemu Malaysia

Dia menghabiskan enam tahun di kelab itu, memenangi Liga Juara-Juara pada 2004 kemudian berpindah ke Barcelona bagi empat musim dan Chelsea bagi dua musim sebelum kembali ke Brazil tiga tahun lalu.

Deco yang nama penuhnya ialah Anderson Luis de Souza, beroleh kerakyatan Portugal dan dipilih buat kali pertama oleh jurulatih Luiz Felipe Scolari, juga seorang warga Brazil pada 2003 di tengah-tengah beberapa kontroversi. – REUTERS