Brad Pitt hadiahkan anak gitar Fender berharga RM18000

PASANGAN pelakon Angelina Jolie dan Brad Pitt menghadiahkan sebuah gitar Fender Stratocaster berwarna hitam dan putih beharga USD6000 kepada anak mereka, Maddox sempena hari lahir ke 12 pada 5 Ogos lalu.

“Maddox ingin jadi seorang pemain gitar, dia sudah mengikuti kelas gitar beberapa bulan lalu,” katanya seperti dipetik showbizspy.

Sebagai bapa, Brat Pitt menyokong sepenuhnya hobi Maddox.

Malah Brad Pitt turut pernah memasang impian untuk menjadi pemuzik suatu masa dahulu.

“Brad Pitt dan Angelina yakin gitar merupakan hadiah yang tepat untuk Maddox, malah Brad Pitt bangga dengan anaknya itu,” kata sumber tersebut.