Bas jatuh gaung, 37 terbunuh, 16 cedera

KUALA LUMPUR: Sebuah bas yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu kota terjunam dalam gaung setinggi 80 meter dalam kejadian di Kilometer 3.6 Jalan Genting – Kuala Lumpur kira-kira jam 2.46 petang tadi.

Setakat jam 10.30 malam, Jumlah terkorban 37 orang (24 lelaki dan 13 perempuan), manakala jumlah tercedera 16 orang (11 lelaki dan 5 perempuan).

Mereka yang terkorban terdiri daripada dua lelaki Melayu, 12 perempuan Cina, 12 lelaki Cina dan 3 lelaki India.

Sebanyak 4 lagi mangsa daripada sejumlah 49 mangsa belum dapat diangkat naik dari kawasan kemalangan. dan mangsa yang mangsa kemalangan dihantar ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Usaha menyelamat akan mengambil masa ekoran keadaan bas tersangkut pada pokok di kedalaman 200 kaki.

Mangsa pertama merupakan seorang wanita Melayu berusia 20-an berjaya dibawa keluar kira-kira jam 3.30 petang.

Dipercayai 53 penumpang berada dalam bas ketika kejadian.