Aksi pertama Pablo Aimar menentang Perth Glory

Pemain termahal Liga Malaysia (Liga M) musim depan, Pablo Aimar akan membuat penampilan pertama bersama Johor Darul Takzim (DT) ketika kelab itu menentang Perth Glory pada aksi persahabatan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 14 Ogos ini.

Aimar yang dikatakan bernilai RM6.1 juta semusim dan akan menyertai Johor DT musim depan, dikhabarkan sudah mengesahkan untuk beraksi pada aksi pemanas badan sebelum kempen Piala Malaysia bermula 20 Ogos ini.

Pemain paling mahal Liga Malaysia (Liga M) itu yang akan menyertai skuad Harimau Selatan musim depan dengan nilai RM6.1 juta (AS$2 juta) dikhabarkan sudah mengesahkan penampilannya untuk beraksi pada perlawanan itu yang menjadi medan pemanas badan sebelum memulakan kempen Piala Malaysia, 20 Ogos ini.

Bagaimanapun, Aimar yang kali terakhir beraksi untuk kelab Liga Portugal, Benfica tidak akan menyarung jersi Harimau Selatan selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membenarkan pendaftaran baru terutama pemain import menghadapi saingan piala berprestij itu.

Turut bersama Aimar pada perlawanan itu ketua jurulatih baru Johor DT, Cesar Ferrando Jiminez yang akan menilai corak permainan skuad Harimau Selatan dan bakal menjadi penasihat kepada Azmi Mohamed yang mengambil alih tugas daripada Fandi Ahmad yang kini memegang jawatan pengurus pasukan.

Katanya, Jiminez yang akan dilantik sebagai ketua jurulatih Johor DT musim depan bakal menjadi penasihat kepada jurulatih, Azmi Mohamed yang mengambil alih tugas dari Fandi Ahmad yang kini memegang jawatan pengurus pasukan.

Lebih membanggakan adalah penampilan ibarat sirih pulang ke gagang bekas pemain import Johor, Allistair Edwards yang kini menjadi jurulatih pasukan kelab Liga A Australia itu, katanya semalam.

Edwards kali terakhir bersama Johor pada musim 1991 apabila membantu pasukan itu muncul juara berganda, Piala Liga dan Piala Malaysia.

Sumber itu berkata, perlawanan itu bakal menjadi medan terakhir buat skuad Harimau Selatan sebelum memulakan kempen Kumpulan B Piala Malaysia selepas diundi bersama T-Team, FELDA United dan PKNS Selangor.

Jika dinilai laluan mudah memihak kepada barisan anak didik Azmi untuk melangkah ke suku akhir buat pertama kali mengulangi kejayaan Johor FC pada musim lalu, katanya.