AFC arah tiada aksi ulangan

Kuala Lumpur: Jika sebelum ini perlawanan di Liga Malaysia (Liga-M) yang ditangguhkan perlu dimainkan semula daripada awal, mulai aksi Piala Malaysia Selasa ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan mana-mana perlawanan tertangguh perlu diteruskan mengikut baki masa yang tinggal.

Andai sesuatu aksi itu terpaksa ditangguhkan selepas berlangsung selama 80 minit daripada 90 minit masa sebenar kerana sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan, perlawanan hanya disambung semula pada baki 10 minit.

Arahan rasmi diterima dari pihak AFC.