Tawaran £80 juta untuk Gareth Bale

Sebelum ini pengerusi Tottenham Daniel Levy telah menyatakan bahawa beliau tidak mahu menjual Bale tetapi kini telah mendedahkan bahawa beliau akan melepaskannya jika mendapat tawaran yang akan memecahkan rekod dunia serta pilihan untuk membawa Modric kembali ke White Hart Lane.

Pengerusi Tottenham ingin Real Madrid membuat tawaran £80 juta untuk Gareth Bale serta pilihan untuk membawa Luka Modric kembali.

Walau bagaimanapun Modric juga merupakan sasaran Manchester United setelah kegagalan mereka untuk mendapatkan Cesc Fabregas dari Barcelona.

Setakat ini, Real hanya ingin menawarkan pemain bek kiri Fabio Coentrao dan pemain sayap Angel Di Maria dalam persetujuan untuk Bale.

Tetapi Di Maria enggan berpindah ke kelab London itu. Modric, 27 tahun, telah berpindah ke Real dalam persetujuan yang bernilai £33 juta musim lepas.

Walaupun perpindahan Modric telah mendatangkan kemarahan pihak Spurs, Levy menyatakan bahawa beliau ingin melupakan kontroversi itu – Robbie Keane telah berpindah kembali ke Tottenham pada Febuari 2009 enam bulan selepas meninggalkan Spurs untuk Liverpool.

Tottenham yakin Modric teruja untuk kembali ke pasukan yang akan dibintangi penyerang £26 juta dari Valencia Roberto Soldado.

Modric sendiri gagal mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama dan ini mungkin akan mempercepatkan lagi proses perpindahan.

Zinedine Zidane, bekas pemain lagenda dan kini penolong jurulatih Real Carlo Ancelotti, telah menyatakan bahawa mereka akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan Bale: “Kami tidak akan hentikan usaha.”

“Ia jelas bahawa Tottenham ingin beliau menandatangani kontrak baru tetapi ia agak mustahil untuk melupakan pemain yang berkualiti seperti beliau.” – foxsports