Moyes bawa barisan jurulatih Everton ke Man Utd

Pengurus baru Manchester United David Moyes telah mengesahkan pemilihan anggota jurulatih baru dari Everton.

Steve Round akan dilantik sebagai penolong jurulatih Moyes sementara Chris Woods akan mengambil alih sebagai jurulatih penjaga gol dan Jimmy Lumsden pula dinamakan sebagai jurulatih.

“Saya telah bekerjasama dengan Steve, Chris dan Jimmy untuk beberapa tahun dan saya bangga mereka telah membuat keputusan untuk bersama saya di kelab yang hebat ini.” kata Moyes.

Ketiga-tiga mereka akan mengambil alih Mike Phelan, Rene Meulensteen dan Eric Steele yang telah dilepaskan selepas Sir Alex Ferguson bersara.

Round, 42 tahun, telah bersama Moyes sejak 2008 sementara bekas penjaga gol England Woods telah berada di Goodison Park sejak 1998.

Lumsden, 65 tahun, telah bersama Moyes sejak di Preston North End.

Moyes menambah: “Mereka membawa kualiti yang baik dalam bidang tersendiri dan saya tahu mereka teruja dengan cabaran baru ini.

“Saya yakin kami dapat meneruskan detik kejayaan kepada kelab ini.”

Moyes tiba di Carrington pada jam 8 pagi pada hari pertamanya walaupun para pemain tidak perlu melaporkan diri.

Nama tempat latihan pasukan Red Devils juga akan diubah kepada AON Training Complex selepas persetujuan £150 juta yang ditandatangani pada bulan April.

Persaraan David Gil sebagai pengarah eksekutif juga bermakna Richard Arnold kini menjadi pengarah sementara naib pengerusi Ed Woodword akan mengambil alih tanggunjawab bola sepak.

“Saya yakin David bersama pasukan barunya, dan pihak pengurusan, akan mula musim baru dengan baik.” Woodward berkata.

“Ini adalah permulaan yang menarik dan agak mencabar untuk kelab ini dan saya amat yakin David dan pasukannya mempunyai apa yang diperlukan untuk meneruskan kejayaan.”