Metallica bakal gegar Stadium Merdeka

Buat pertama kalinya Metallica akan membuat persembahan di Malaysia pada 21 Ogos ini di Stadium Merdeka.

Laman web Metallica.com mengesahkan tour heavy metal band tersohor itu.

Tiket akan mula dijual pada jam 11:30 pagi Sabtu 6 Julai ini di Fahrenheit 88 Shopping Mall di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Kaunter tiket Galaxy akan diletakkan di tingkat bawah berdekatan kaunter informasi di kompleks tersebut.

Tiket akan mula dijual secara online pada Isnin 18 Julai ini jam 10:00 pagi di www.ticketcharge.com.my dan www.galaxy.com.my.

Rock on!