Kemenangan bergaya untuk Juara Liga Super 2013

LionsXII membelasah Felda United di Stadium Jalan Besar dengan jaringan 4 gol tanpa balas sekaligus dinobatkan sebagai juara Liga Super 2013.

Gol-gol jaringan LionsXII dijaringkan oleh Azrul Ahmad 47′, Shahril Ishak 58′, Fazrul Nawaz 61′ dan Shahfiq Ghani 83′.

LionsXII belum pernah mengalami sebarang kekalahan di laman sendiri dan kemenangan besar ini sebagai penyudah yang paling bergaya buat skuad V Sudramoorthy ini.

LionsXII akan menerima ganjaran sebanyak RM750,000 sebagai Juara Liga Super dan keputusan FAM membawa Piala Liga Super ke Singapura adalah satu keputusan yang berbaloi.

Highlights