Highlights – Borussia Dortmunt juara Super Cup

Borussia Dortmund mengakhiri dominasi Bayern Munich di bola sepak Jerman apabila mendapat Supercup Jerman dengan empat gol.

Marco Reus memulakan dan mengakhirkan pesta gol di Westfalenstadion, menjaringkan gol pertama hanya dalam enam minit dan gol terkahir empat mini sebelum perlawanan berkahir.

Arjen Robben melakukan semampunya untuk menyelamatkan Bayern dengan menjaringkan gol penyamaan pada mula babak kedua namun usahanya sia-sia apabila Daniel van Buyten menjaringkan gol sendiri dan Ilkay Gundongan menjaringkan gol hanya dalam masa beberapa minit.

Hantaran Robert Lewandowski telah ditanduk oleh Sven Bender di mana Starke mampu menangkapnya tetapi beliau menepis bola ke arah Reus yang menanduknya kedalam gol.

Jaringan gol Robben telah di minit ke 54 telah memberi lebih peluang kepada Bayern untuk kembali ke perlawanan tetapi mereka tidak mampu mengatasi prestasi Dortmund yang amat menakjubkan pada hari ini.

Perlawanan berakhir dengan tiga lagi gol dijaringkan oleh Gundongan, gol sendiri oleh pemain pertahanan Bayern Van Buyten dan Reus untuk mengakhiri pembalasan mereka.

Highlights