[Highlight] Skuad Rajagobal tewas kepada Chelsea

SHAH ALAM: Skuad Datuk K. Rajagobal tewas 4-1 kepada kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC pada aksi persahabatan antarabangsa sempena Jelajah Asia 2013 di Stadium Shah Alam, Ahad.

Gol pertama The Blues hadir pada minit ke-5 melalui bola leret Bertrand Traore sekali gus menewaskan penjaga gol negara, Farizal Marlias.

Skuad The Blues tang diketuai John Terry tampil dengan permainan yang pantas dengan melakukan beberapa percubaan ke gawang, namun berjaya ditepis Farizal.

Skuad Harimau Malaya sekali lagi tersentak dengan gol kedua anak biah Jose Mourinho melalui tandukan Kevin de Brunye pada minit ke-28 sebelum diusung keluar kerana kecederaan.

Romelu Lukaku menambah jaringan ketiga pada minit ke-45 menjadikan kedudukan 3-0 pada separuh masa pertama.

Sementara itu, pada babak kedua perlawanan, permainan semakin rancak dengan skuad Harimau Malaya cuba melakukan serangan.

Kehadiran Safiq Rahim dan Safee Sali memeriahkan keadaan stadium yang dibanjiri oleh kedua-dua penyokong.

Minit ke-88 Victor Moses menambah jaringan keempat Chelsea, namun dua minit selepas itu pemain Malaysia Mohd Fadhli Shas berjaya menjaringkan gol tunggal negara melalui sepakan percuma.

Malaysia nyaris menambah gol kedua namun Ashley Cole berjaya menyelamatkan bola sepakan Nizad Ayub di garisan gol.

Sebagai rekod, pada tahun 2011, Chelsea menang 1-0 ke atas pasukan pilihan Malaysia.

Senarai pemain

Chelsea first half (4-2-3-1): Schwarzer; Ivanovic, Chalobah, Terry (c), Bertrand; Van Ginkel, Essien; Traore, De Bruyne (Feruz 31), Hazard; Lukaku.

Chelsea second half (4-2-3-1): Cech; Walace, Kalas, Cahill, Cole; Van Ginkel (McEachran 66), Ramires; Moses, Hazard (Piazon 66), Schurrle; Ba.

Goals Traore 6, De Bruyne 29, Lukaku 45+3, Moses 88
Booked

Malaysia XI: Farizal, Mahalli (Amir), Azizi Matt Rose (Fadhli 45+1), Asraruddin (Reuben 83), Aidil Zafuan (c) (Nizad 81), Norshahrul (Safee 67), Shakir (Nazmi 67), Gurusamy (Safiq 55), Kunanlan (Nazrin 71), Amri (Zubir 87), Shahrul (Norfarhan 55).

Goals Fadhli 90+1
Booked

Referee Nagor Amir Bin Noor Mohamed
Crowd 41,500

Highlight

One Reply to “[Highlight] Skuad Rajagobal tewas kepada Chelsea”

  1. TotaLFooTBeLL

    shakir bukan pemain yg berkualiti, cuma level pemain biasa.walaupn safiq rahim off form, shakir bukan pengganti sebenar utk berganding dgn Gurusamy.Piya, Nazmi, & Irfan Fadhail adalah pengganti Safiq sebenar.Gurusamy the best defensive midfield so far, Gary Robert backup.Irwan Taj n Faizal Mohd bukan centre back yg mempunyai ketenangan di bhgian bwh,pda msa yg sama mereka juga bukan regular player utk kelab masing2.Rajagopal x penting ranking, sbb dia nilai team based on game to game. tpi,coach2 luar yg lain menilai sesuatu team melalui ranking.yg mna lebih logik??x kn nk nilai team kna tgk video satu game demi satu game kot… based on ranking laa, kn dh dpt jwpn, x smpai seminit org bole nilai…

Comments are closed.