[Highlight] Bayern Munich tewaskan Barcelona di Munich

Jurulatih Bayern Munich Pep Guardiola berjaya menewaskan kelab lamanya dengan kemenangan 2-0 di Munich.

Philipp Lahm menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 14 untuk juara treble Jerman musim 2012-2013 itu.

Walaupun Bayern menguasai perlawanan dan posesi kawalan bola, kali pertama dalam lima tahun Barca tewas dari aspek ini, Mario Mandzukic berjaya menjaringkan gol kedua hanya pada minit ke 87.

Jordi Roura mengambil alih sebagai ketua jurulatih sebelum ketibaan jurulatih baru Gerardo Martino yang akan menggantikan Tito Vilanova yang meletak jawatan.

Lionel Messi mula gerakan serangan selepas hanya 30 saat tetapi percubaan penyerang Argentina itu tersasar.

Bayern bertindak balas dengan usaha Arjen Robben tetapi rembatannya dihalang dari melepasi garisan oleh Adriano.

Gol pembukaan akhirnya tiba empat minit kemudian apabila Ribery menggelecek di sayap kanan sebelum membuat hantaran tepat kepada ketua pasukannya yang menanduk masuk bola lepas Jose Manuel Pinto.

Bayern meneruskan prestasi baik dan mempunyai penguasaan kawalan bola tetapi percubaan-percubaan Dante dan Robben gagal menggandakan kelebihan.

Sergi Roberto hampir-hampir menjaringkan gol penyamaan apabila melepasi Jerome Boateng tetapi rembatannya tersasar. Rafinha pula terlepas dari membolosi gawang sendiri apabila Manuel Neuer berjaya menepis bola keluar.

Roura terus mengubah senarai pemainnya dalam babak kedua dan penjaga gol baru Oier Olazabal diuji oleh pemain gantian Bayern Mandzukic tetapi beliau berjaya membuat halangan penting.

Rentak perlawanan kemudian merosot dengan beberapa penggantian tetapi Mandzukic masih dahagakan gol.

Diego Contento membuat hantaran tepat pada minit ke 87 dan membenarkan rakan sepasukannya Mandzukic untuk menjaringkan gol kedua.

Highlights