Gitaris Nan Saturnine diserang sakit jantung

KUALA LUMPUR: Gitaris tersohor negara, Aznan Alias kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) Hospital Sungai Buloh akibat serangan jantung pada Khamis malam.

Beliau kini dalam keadaan stabil dan masih menunggu pegesahan doktor tentang penyakit sebenar yang dihidapinya.

Aznan ketika ditemui Astro AWANI menjelaskan, beliau rebah ketika berada di studio milik pemain keyboard, Firdaus Mahmud.

“Yang gua ingat gua tanya Firdaus, lampu toilet menyala atau tidak, lepas tu dah tak sedar.

“Firdaus dan Tam bawak datang hospital, kemudian doktor bagi balik tapi kat rumah sekali lagi rebah,” katanya yang dilihat ceria ditemani isteri, Syamim.

Datuk M.Nasir dan Joe Wings antara rakan artis yang dilihat melawat Aznan.

Aznan merupakan pengarah muzik untuk konsert Sang Pencinta M.Nasir yang diadakan di Istana Budaya hujung Jun lalu.

Kepada peminat Aznan diharap mendoakan agar beliau segera sembuh. [Awani]