[Gambar] Tiga atlet Sukma didakwa rogol pegawai pengiring

PETALING JAYA – Kejadian rogol melibatkan seorang pegawai pengiring wanita berusia 20 tahun pasukan bola baling Wilayah Persekutuan ketika temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2013 berlangsung di Kuala Lumpur memasuki episod baharu apabila tiga atlet lelaki pasukan itu didakwa di tiga Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Bagaimanapun, Adib Adha Ismail, 18, Megat Farzeril Megat Razali, 19, dan Mohammad Shaizzad Md. Shafie, 19, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Hakim Yasmin Abdul Razak, Abu Bakar Manat dan Rozina Ayob.

Tertuduh, Adib Adha Ismail, 18; Megat Farzeril Faiz Megat Razali dan Mohammad Shaizzad Md Shafie, masing-masing berusia 19 tahun, membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan berasingan di depan Hakim Yasmin Abdul Razak, Abu Bakar Manat dan Rozina Ayob.

Mereka yang kelihatan tenang sepanjang prosiding dituduh merogol mangsa di sebuah bilik di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang di antara jam 4 pagi hingga 4.10 pagi 4 Julai lalu.

Megat Farzeril Faiz didakwa merogol wanita itu pukul 4 pagi, Mohammad Shaizzad pada 4.05 pagi dan Adib Adha pula 4.10 pagi.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan memerintahkan kes didengar di depan Abu Bakar.

Pasukan Bola Baling Sukma Wilayah Persekutuan

Khuatir ganggu mangsa

Gin Han turut memberitahu mahkamah, pihaknya tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan kes itu berprofil tinggi dan dikhuatiri akan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Peguam bela, Datuk Suraj Singh dan Stephanie Wong memohon jaminan berserta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berdekatan selain tidak mengganggu mangsa dan siasatan polis.

Peguam pemerhati, Ranjit Singh yang mewakili mangsa, memohon mahkamah mengeluarkan perintah larangan kepada media tidak mendedahkan nama serta identiti anak guamnya.

Ikat jamin

Permohonan itu disokong Suraj, yang memaklumkan bahawa media juga dilarang membuat penilaian atau andaian sehingga mahkamah membuat keputusan. Mahkamah membenarkan permohonan itu.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Ogos ini untuk sebutan. Tertuduh juga diperintah tidak mendekati mangsa dan melaporkan diri di balai polis berhampiran pada minggu pertama setiap bulan.

Turut hadir di mahkamah, ahli keluarga ketiga-ketiga tertuduh yang tiba seawal jam 8 pagi.