Felda United halangan terakhir buat LionsXII

Penyokong LionsXII akan menyaksikan detik yang bersejarah esok sekiranya anak buah V Sundramoorthy mengalahkan Felda United.

Prestasi pasukan LionsXII pada musim ini amat baik sekali. Mereka mempunyai rekod tidak kalah di stadium sendiri pada masa ini dan berpeluang untuk memastikan rekod itu sekali dengan kejuaraan esok di Jalan Besar Stadium dimana mereka akan bersaing dengan Felda United. LionsXII mempunyai 40 mata, 4 mata lebih daripada pasukan Selangor dan Johor Darul Takzim.

Persatuan Bola Sepak Malaysia telah menyesahkan ke akbar Singapura, The New Paper, bahawa piala akan dibentangkan selepas perlawanan di Stadium Jalan Besar jika LionsXII dapat mengumpul tiga mata dan memastikan kejuaraan Liga Super Malaysia.

Piala itu akan dibawa ke Singapura berikut dengan cek berjumlah RM750,000.

Jurucakap FAM berkata: “Selepas berbincang dengan jabatan pertandingan, kami telah memutuskan bahawa piala MSL akan dibawa ke Singapura.

“Jika LionsXII mengalahkan Felda, mereka mempunyai empat mata lebih yang tidak mampu dikejar dan mereka patut diberi kejuaraan.”