Fabregas bersedia ke Manchester United

MADRID 16 Julai – Cesc Fabregas yang berminat menyertai Manchester United bersedia ke Old Trafford jika Barcelona mahu menjualnya.

United menawarkan 26 juta pound untuk bekas tonggak Arsenal untuk merealisasikan perpindahan pemain berusia 26 tahun itu.

Menurut sumber Sepanyol: “Cesc hanya akan pergi jika Barcelona bersedia menjualnya.

“Buat masa ini Barca memiliki lebih pemain di bahagian tengah untuk musim depan dan ia belum tentu menjamin pemain itu dapat beraksi sepenuhnya. Dia mahu beraksi pada Piala Dunia tahun depan yang memerlukannya kerap beraksi dalam kelab.

“Arsenal mahu mendapatkannya kembali tetapi dia memilih untuk United.”

Sementara itu, bos United, David Moyes yakin dia mampu membawa Fabregas ke Old Trafford, selepas gagal mendapatkan Thiago Alcantara yang menyertai Bayern Munich dari Barcelona. – Agensi