Chelsea buka tawaran beli Rooney

BANGKOK 18 Julai – Jose Mourinho mengesahkan Chelsea telah membuat bidaan sensasi kepada Manchester United untuk membeli penyerang Red Devils, Wayne Rooney.

Kemenangan 1-0 ke atas Singha All Star XI, semalam bagaimanapun dibayangi laporan berita tentang tindakan Chelsea menawarkan bidaan secara rahsia kepada United untuk membeli penyerang England itu.

Menurut Mourinho, bidaan yang dikatakan mencecah 10 juta pound itu `bersih’ dan mengikut etika.

Dia bagaimanapun bercanggah dengan laporan yang mengatakan tawaran itu turut menawarkan pertukaran pemainnya, Juan Mata atau David Luiz dalam pakej tersebut sebagai mengimbangi nilai Rooney.

“Untuk menutup cerita ini. Kami (Chelsea) ada membuat tawaran dan terpulang kepada Man United dan pemain itu (Rooney),” katanya sambil mengesahkan Chelsea tidak mensasarkan membeli pemain lain. – Agensi