Bekas tahanan mengganas, berebut kawasan

PUTRAJAYA – Beberapa siri pembunuhan melibatkan senjata api yang berlaku sejak kebelakangan ini adalah berpunca daripada perebutan kawasan antara kumpulan gengster yang didalangi oleh bekas tahanan di bawah Akta Ordinan Darurat 1969 (EO).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seramai 2,600 tahanan EO dari pusat tahanan Simpang Renggam, Johor telah dibebaskan selepas akta itu dimansuhkan dua tahun lalu.

“Mereka telah kembali kepada masyarakat dan mula menggerakkan kumpulan jenayah berat dan terancang. Bekas tahanan EO ini sedang berebut kawasan dan anggota kumpulan mereka saling bertempur.

“Sebab itu kita dapat lihat jenayah kategori lain menurun manakala kadar jenayah berat bertambah sejak EO di mansuhkan,” kata beliau pada sidang akhbar sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Ikatan Relawan Rakyat (Rela) di sini malam tadi.

Justeru, Ahmad Zahid berkata, semua pihak diminta menyokong undang-undang baharu bagi menggantikan EO sebagai langkah jangka masa panjang menangani kejadian jenayah berat. [Kosmo]

7 Replies to “Bekas tahanan mengganas, berebut kawasan”

  1. Anonymous

    Berhati-hati serta waspada daripada menjual kebebasan sivil anda terhadap kejadian yang melibatkan samseng-samseng yang melakukan jenayah semula atau aktiviti haram yang telah mereka lakukan sebelum ini, Janganlah menyokong undang-undang yang lain akan tetapi sama atau menyerupai undang-undang kuno Ordinan Darurat 1969, setiap rakyat negara kita adalah tertakluk kepada habeas corpus tidak kira apa jenis jenayah atau lain-lain hal yang mereka dilakukan.

  2. Anonymous

    Semua pihak diminta jangan menyokong ordinan atau akta baharu ini , kerana ia melibatkan penahanan warganegara selama 2 tahun tanpa bicara, tempoh penahanan juga bole dilanjutkan selepas 2 tahun, Adakah ini yang kita mahukan, adakah ini melambangkan contoh negara adil .

  3. Anonymous

    Tahan tanpa sebab dan tanpa bicara ini adalah cara Monarki British pada tahun 1400-an menangkap rakyatnya sendiri yang mempersoalkan hal ehwal cukai yang melampau , jika negara kita ini bukan lagi di bawah naungan British mengapa mahu Implementasi undang-undang kuno yang tidak adil serta merugikan rakyat sendiri. Menangkap penjenayah adalah kerja pihak berkuasa tempatan atau persekutuan, selepas penjenayah atau suspek ditangkap , , tidaklah boleh seseorang yang disyaki yang ditahan itu terus dilabel sebagai kes prima facie tanpa perlu mereka melalui due-process (habeas corpus)

  4. Anonymous

    Saya juga pelik dengan kenyataan Menteri ini,,kenapa kita diminta sokong akta baru ini sedangkan perihal akta lama telah pun dimansuhkan, Dengan termaktub semula akta lain yang berbaur sama ini bukan sahaja penjenyah bole ditangkap tanpa bicara tetapi hal-hal lain juga bole dilakukan sedemikian sekiranya tidak sehaluan pendapat dengan orang-orang berkuasa di tanahair kita..sudah tiba masa kita bangun dan jangan terpedaya dengan akta-akta yang bisa merugikan kita serta anak-anak kita yang mendatang.

  5. Anonymous

    perkara ini juga sekiranya bole back-fire kepada rakyat juga,,,bukan sahaja kepada penjenayah tegar tetapi rakyat prihatin yang tidak berpuashati dengan pimpinan yg kurang memuaskan.

  6. Anonymous

    Apa kena mengena nak buat undang2 baru, samseng2 tu nak buat apa bila nak keluar dari tahanan,,apa skillset yg mereka ada,,apa yg mereka bole buat atau banyak yang mereka bole berikan perkhidmatan atau bakti tetapi tiada majikan yg mahukan mereka justeru apa yg perlu mereka lakukan ,,berserah semata2, Masyarakat dan kerajaan yang perlu disalahkan dalam hal ini,,penjenayah telah ditahan,,pada tempoh yang lama–tiada pendidikan seperti belajar PMR .SPM ,MLVK, SPMV, STPM atau lain2 kemahiran. Sekurangnyer ada fighting chance atau kebarangkalian mereka akan berjaya atau sekurangnya bekerja untuk menampung hidup mereka setelah dibebaskan. Ini tidak mereka dibebaskan seperti ayam tidak berkepala ,,macam mana nak survive lamer.

  7. Anonymous

    saya sokong ,,apa kena mengena buat undang2 baru tetapi tidak berikan peluang kepada bekas tahanan mencoba hidop baru,,mestilah mereka jadi samseng apabila tak ada peluang cari makan yang halal,,,

Comments are closed.