Zulfahmi raih 7 mata berharga di GP Catalunya

KUALA LUMPUR 16 Jun – Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin meraih tujuh mata berharga selepas menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan pada perlumbaan Grand Prix Catalunya, Sepanyol petang ini.

Pelumba muda mewakili pasukan KTM Ajo itu bermula di petak ke-16 pada perlumbaan yang dimenangi oleh rakan sepasukannya, Luis Salom dari Sepanyol.

Anak jati Banting, Selangor itu kini menduduki tangga ketujuh keseluruhan dengan mengumpul 40 mata daripada enam perlumbaan setakat ini.

Sementara itu seorang lagi pelumba negara yang bersaing dalam kategori Moto2, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan perlumbaan di tempat ke-18 setelah memulakan perlumbaan di petak ke-27. [Utusan]