Yuna akui sedang bercinta, lancar video muzik di Vevo

Kami cuba juga mencari kenyataan atau tulisan Yuna di Tumblr beliau yang mengatakan hubungan dengan jurugambar beliau, Julian Schratter kini sudah mencapai tahap yang lebih serius.

 Yuna menulis yang beliau dan Julian Schratter kini sudah masuk ke fasa percintaan dan ingin menjaga hubungan ini supaya tidak seperti yang lalu.

“Sometime around tonight, last year, a special person walked into my life and I can’t imagine my life for the past year if we had never crossed paths — oh how life would be monotonous.

“Love, colors, paintings, skateboards, roti canai, laughters and smiles all the way and the only way. I learned a lot from my past relationships to not screw this one up. I can feel it. InshaAllah”

Kalau benar Yuna & Julian Schratter kini sedang serius bercinta, kami doakan yang terbaik. Bukan mudah ‘kan untuk terbuka hati selepas gagal dalam percintaan yang lalu. Kahwin sila jemput.

Terkini, menerusi akaun rasmi Vevo beliau di Youtube, Yuna telah melancarkan video muzik terbaru beliau untuk lagu berjudul I Wanna Go yang juga single pertama dari album terbaru beliau Sixth Street EP.

Video muzik ini cukup ringkas tanpa penceritaan yang khusus & yang lebih menarik, Julian Schratter yang kini boleh kita anggap sebagai ‘kekasih’ Yuna turut sama muncul dalam video tersebut. Heh.