Skuad Revington tebus kesilapan semalam

Malaysia membelasah Afrika Selatan 6-4 sebentar tadi untuk menghuni tangga pertama setelah pencabar terdekat, Pakistan berjaya diikat oleh England.

Malaysia yang mensiakan peluang kemenangan malam tadi berjaya mengekalkan kelebihan 2 gol walaupun diasak oleh pemain Afrika Selatan sehingga wisel penamat.

Gol-gol perlawanan dijaringkan oleh:-

03’Faizal Shaari (Penalty Corner)
15’Razie Rahim (Penalty Corner)
25’South Africa (Penalty Corner)
37’South Africa (Field Goal)
48’Razie Rahim (Penalty Corner)
54’Faizal Shaari (Field Goal)
56’South Africa (Field Goal)
59’Fitri Shaari (Field Goal)
63’Marhan (Field Goal)
68’South Africa (Field Goal)

Malaysia mengumpul 4 mata setelah dua perlawanan dan berjaya menghuni tempat teratas dengan kelebihan 2 mata dari Pakistan dalam group B. Malaysia akan menentang pasukan england yang pada hari Selasa nanti.

Highlight