Sepanyol bertemu Brazil di final

Sepanyol mengalahkan Itali 7-6 di tendangan penalti untuk mara ke pusingan akhir Piala Konfederasi setelah mengakhiri perlawanan tanpa gol.

Pasukan Itali yang telah dikalahkan oleh Sepanyol di perlawanan akhir Kejuaraan Europa mahu membalas dendam dan bersaing dengan pasukan tuan rumah Brazil, tetapi mereka tidak mampu menjaringkan gol pada seluruh 90 minit.

Pemain sayap Barcelona, Pedro telah membuat tendangan yang telah mengatasi tiga pemain pertahanan namun tendangannya tersasar. Pasukan Sepanyol tidak mempunyai peluang sebaik itu lagi.

Prestasi Itali yang baik telah menguasai perlawanan tetapi Maggio telah terlepas peluang untuk menjaringkan gol pada babak pertama.

Sergio Ramos telah gagal menanduk hantara Xavi daripada tendangan percuma pada akhir masa.
Tendangan Giaccherini pada masa tambahan hampir mengatasi penjaga gol Casillas namun tendangannya itu terkena pos gawang.

Kedua penjaga gol Buffon ataupun Casillas dapat menangkap bola dan Navas dapat menjaringkan gol kemenangan setelah Bonucci tidak dapat menendangan bolanya dengan sempurna dan mengakhiri juang Itali.

Highlights