Salahkan siapa memilih latihan di Australia

Kuala Lumpur: “Bukan soal menang atau kalah, tapi siapa sebenarnya yang ada kaitan dalam FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) menguruskan latihan dan perlawanan persahabatan ke Australia.

“Apakah ada individu atau pihak tertentu yang mendapat keuntungan daripada program itu?”

Demikian kenyataan wakil bagi kumpulan yang meng gelarkan diri mereka Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ) Alfadli Awaludin percaya ada individu meraih habuan dalam mengatur perlawanan ke Australia sehingga menyaksikan anak buah Datuk K Rajagobal dimalukan kelab yang diwakili pemain sambilan, Canberra FC pada perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Mempersoalkan mengapa FAM menolak mentah-mentah perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Singapura sebelum memutuskan untuk ke Australia, Alfadli yakin semua itu sudah dirancang kerana terang-terangan menolak perlawanan yang lebih berkualiti berbanding kelab tidak dikenali seperti Canberra FC.

“Sebagai wakil kepada peminat tempatan, saya tidak terkejut kalau pasukan kita kalah sebab tewas kepada pasukan kelab sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru.

“Senario ini sudah berlaku sejak sekian lama. Kalau me nang pun dengan Canberra FC, orang akan pertikaikan juga, apatah lagi kalau kalah.

“Yang menjadi persoalan utama ialah siapa yang memutuskan lawatan ke Australia itu dan mengaturkan perlawanan untuk skuad negara? “Kalau fikir dengan fikiran yang waras, pasti kita persoalkan kenapa tidak pilih Thailand atau Vietnam selepas perlawanan dengan Singapura dibatalkan. Kenapa nak juga ke Australia bertemu pasukan kelab?,” tanyanya.

Jelas Alfadli, rasa kecewa ke atas skuad negara sudah lama dirasai peminat setia tempatan, tetapi jelasnya apa yang pasti lebih mengecewakan ialah apabila individu yang diberi ke percayaan tidak menjalankan tugas dengan jujur.

“Perkara ini pun sudah kami sentuh pada sidang media sebelum ini, jadi sebenarnya isu ini sudah lapuk,” katanya.

Skuad kebangsaan menerima aib cukup memalukan apa bila kecundang 2-3 kepada Canberra FC sehingga akhbar The Canberra Times memilih menggunakan tajuk ‘pemain sam bilan raih kemenangan ke atas pasukan kebangsaan’. [Hmetro]