Ronaldo tidak sambung kontrak dengan Real

Cristiano Ronaldo telah menafikan khabar yang menyatakan beliau telah menyambung kontrak dengan Real Madrid hingga 2018.

Pemain bintang Portugal itu telah memberi respon selepas spekulasi yang mengatakan beliau telah memastikan tempatnya di Santiago Bernabeu.

Tetapi Ronaldo telah menafikan laporan yang menyatakan beliau telah menandatangani perjanjian itu.
“Khabar itu semua palsu,” kata Ronaldo.

Spekulasi itu bermula apabila presiden Madrid, Florentino Prez mengumumkan keinginannya untuk menjadikannya pemain termahal di dunia.

Ronaldo telah dikaitkan dengan perpindahan berjumlah €100 jtua (£84.83juta) ke AS Monaco manakala Manchester United dikatakan sedang memerhatikan perkembangannnya.

Untuk memastikan beliau tidak berpindah, Madrid dijangkakan akan memberi tawaran gaji sebanyak €80 juta dalam masa lima musim.