Piala Konfederasi: Itali kecewakan Jepun

Itali merampas kemenangan dari juara Asia Jepun dengan keputusan 4-3 hasil gol kemenangan Giovinco lima minit sebelum wisel penamat.

Itali menjaminkan tempat dalam perlawanan peringkat separuh akhir Piala Konfederasi 2013 bersama Brazil dari Kumpulan A.

Pasukan Jepun mendahului 2-1 pada masa rehat tetapi Itali bangkit dengan dua gol sebelum Jepun menyamakan kedudukan.

Walaubagaimanapun Sebastian Giovinco menyepak masuk gol kemenangan pada minit ke 85.

Anak buah Alberto Zaccheroni menguasai detik pembukaan dengan penguasaan bola yang baik selama 20 minit dan mendapat peluang keemasan apabila ketua pasukan Itali Gianluigi Buffon mengasari Okazaki dalam kotak penalti.

Keisuke Honda menyempurnakan penalti dengan senang untuk membuka tirai. Itali hanya mampu mengharapkan gerakan serangan balas kerana pasukan Jepun tidak memberi ruang di bahagian midfield malah pasukan Samurai Biru itu menambah kepada kelebihan hasil usaha pemain midfield Manchester United Shinji Kagawa.

Konno membuat hantaran cantik pada minit ke 33 dan Kagawa melepaskan voli untuk gol kedua pasukannya.

Hanya lapan minit kemudian, De Rossi akhirnya menjaringkan gol pertama Azzuri hasil hantaran Pirlo.

Itali meneruskan prestasi baik dalam babak kedua dan menyamakan kedudukan pada minit ke 50 apabila Uchia menyepak masuk gol sendiri.

Balotelli menambah satu lagi gol dua minit kemudian apabila Hasebe menghadiahkan tendangan penalti apabila bola terkena tangannya dalam kotak penalti dan penyerang AC Milan itu menyempurnakan peluang dengan senang.

Jepun tidak menyerah kalah dan mula gerakan serangan bertubi-tubi yang akhirnya mendatangkan hasil pada minit ke 69 apabila tendangan percuma Endo ditanduk masuk oleh Okazaki.

Samurai Biru meneruskan penguasaan kawalan bola dalam detik terakhir perlawanan tetapi Itali mengambil kesempatan dari kepantasa gerakan serangan balas mereka dan merampas kemenangan apabila hantaran tepat Marchisio disepak masuk oleh Giovinco pada minit ke 86.

Itali akan bertemu Brazil dalam perlawanan seterusnya walaupun kedua-dua pasukan telah menjaminkan tempat dalam peringkat suku akhir. [foxsports]