Penalti musnahkan impian Malaysia

Penalti pada masa kecederaan oleh penyerang gantian Philippe Bernabo berikan kemenangan gemilang 3-2 kepada Canberra FC ke atas skuad kebangsaan Malaysian di stadium Deakin malam tadi waktu tempatan.

Bernabo menjaringkan gol kemenangan melalui penalti setelah pengadil memberikan penalti setelah beliau sendiri dijatuhkan oleh penjaga gol Malaysia.

Canberra FC menunjukkan kesungguhan dihadapan penonton sendiri setelah mendahului lawan dengan 2-0 pada separuh masa pertama.

Gol pertama hadir pada minit ke-28 dan Dustin Wells pemain pinjaman dari Belconnen United membuat gerakan untuk Alex Oloriegbe menjaringkan gol.

Pemain perancang ‘The Blue Devils’ itu memberikan banyak sumbangan untuk gerakan serangan begitu juga pemain sayap Ivan Pavlak yang beraksi cemerlang, sekaligus membolehkan penyerang profilik Alex Oloriegbe membuat sentuhan mengatasi penjaga gol Razali untuk merobek gawang Malaysia.

Pemain Canberra FC menjadi semakin bernafsu menjaringakn gol selepas hanya mengambil masa 6 minit mereka berjaya menjaringkan gol kedua.

Sekali lagi penyerang profilik mereka Alex Oloriegbe mengucarkacirkan pertahanan Malaysia setelah mudah mendapat bola hasil kesilapan Mahali Jasuli dan menolak kepada pemain tengah Ryan Keir untuk menolak bola ke gawang menjadikan kedudukan 2-0 sekaligus membuatkan penonton tuan rumah bersorak riang.

Separuh masa kedua melihat Malaysia bermain agak agresif.

Malaysia akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama hasil jaringan penyerang sensasinya Safee Sali pada minit ke 61 setelah mendapat hantaran dari Nazmi Faiz.

Malaysia akhirnya berjaya menyumbat gol penyamaan pada minit ke 83 oleh Safee Sali hasil hantaran Nazrin Nawi. Namun segalanya tidak menyebelahgi mereka malam ini setelah pasukan Canberra berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 94.