Pemain LionsXII digantung dari sebarang aktiviti bolasepak

Semalam merupakan hari yang sepatutnya pemain LionsXII, Shakir Hamzah menamatkan kem National Service Singapura, tetapi sebaliknya beliau digantung tugas sebagai pemain oleh FAS kerana tidak hadir di kem tersebut.

Beliau digantung kerana didapati bersalah tidak hadir tanpa alasan rasmi (AWOL) bulan lepas.

Shakir didapati tidak hadir pada 17 May yang lalu dengan mengikuti perlawanan Liga Super bertemu Pahang di Kuantan.

FAS mengambil berat kewajipan rakyatnya terhadap negara. Disebabkan itu mereka menggantung tugasnya sebagai pemain LionsXII dan juga dari sebarang aktiviti bolasepak dan beliau akan dihadapkan ke lembaga disiplin FAS.