Pekerja GP Kanada maut selepas dilanggar kren

MONTREAL: Seorang petugas litar perlumbaan Grand Prix Kanada maut selepas dilanggar kren yang memindahkan kereta di situ selepas tamat saingan.

Lelaki yang belum dikenali identitinya mati selepas dibawa ke hospital menggunakan helikopter.

Promoter perlumbaan, Francois Dumontier berkata, mangsa dikatakan berjalan di tepi kren terbabit ketika sedang memindahkan kereta pasukan Sauber yang terbabas ketika saingan.

 

Petugas itu tersandung dan terjatuh di depan tayar kren ketika mangsa mengiringi kereta itu. Pemandu kren tidak dapat melihat lelaki itu dan melanggarnya. – AP