Neelofa halalkan hutang RM5,000 kepada Shahz Jaszle?

KL, 24 JUN 2013: Nampaknya satu demi satu musibah melanda aktor Shahz Jaszle,25. Bermula dengan isu ditangkap khalwat dengan Farah Nurrizati Salleh, 21, kemudian putus tunang dengan Redzwani Puteri Ismail, 25, kini Neelofa pula menuntut duit hutangnya sebanyak RM5,000 daripada aktor kacak itu.

Murai Batu pun tak pasti, bila Shahz Jaszle meminjam duit dengan Neelofa. Barangkali kes ini terjadi sewaktu mereka berdua dulu pernah akrab dan pernah menjalinkan hubungan cinta.

Yang menariknya, Neelofa telah menuntut duit hutangnya itu daripada Shahz Jaszle sewaktu aktor itu bersemuka dengan Farah di Bangsar pada minggu lalu untuk mempertahankan pendiriannya bahawa dia telah ditangkap berkhalwat kerana diperangkap serta dia tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Farah.

Dia mempertahankan pendiriannya itu di hadapan ibunya dan juga wakil pihak media yang turut hadir sama dan pada ketika itulah Neelofa dikatakan telah menghantar mesej buatnya.

Lalu, Shahz Jaszle telah menggunakan peluang untuk memberitahu semua yang ada di situ bahawa lihatlah, bukan dia yang mencari mereka (perempuan) tapi selalunya perempuan yang mencari dia sambil menunjukkan nombor Neelofa.

Namun, apa yang dilakukan oleh Shahz Jaszle itu nampaknya telah memakan dirinya sendiri kerana salah seorang saksi yang berada di situ telah menerima sms yang sama dari Neelofa memberitahu bahawa dia menghantar sms itu kepada Shahz Jaszle untuk meminta wang RM5,000 yang dipinjam oleh Shahz Jaszle daripadanya.

Ouch! Akhirnya, perkara itu pun turut diketahui oleh Farah. Apa agaknya yang akan terjadi kalau semua wanita yang pernah dikaitkan dengan Shahz Jaszle tiba-tiba bergabung?

Sementara itu menerusi laporan Kosmo! hari ini, Neelofa menafikan yang beliau ada menghantar SMS kepada Shahz Jaszle seperti di’dakwa selain hairan isu berhutang dua tahun dahulu di’bangkitkan Shahz Jaszle sendiri.

“Saya ingin menegaskan bahawa tiada sebarang SMS yang dihantar kepada Shahrizal untuk menuntut hutang daripadanya, malah kami sudah lama tidak berhubung atau berjumpa antara satu sama lain”

“Lagipun, saya sudah lama melupakan tentang hutang itu dan saya telah menghalalkan berapa sahaja jumlah yang dia berhutang dengan saya”

Bagus ada kawan serupa Neelofa, hutang RM5,000 mampu di’lupakan begitu sahaja. Boleh kami pinjam jumlah yang sama?