Mangsa culik pernah mengadu dipikat lelaki Lombok

KUANTAN – Suri rumah, Nur Idayu Abd. Aziz, 34, didakwa pernah mengadu kepada seorang anak saudaranya bahawa dia diganggu dan dipikat oleh salah seorang daripada tiga buruh lelaki Indonesia yang diupah melakukan kerja-kerja ubah suai rumah ibunya.

Anak saudara Idayu, Norashikin Ripin, 22, memberitahu, ibu saudaranya itu baru beberapa hari mengadu perkara tersebut sebelum dia dilaporkan hilang.

“Mak Su (Idayu) beritahu bahawa dia tidak selesa dengan sikap salah seorang lelaki yang berasal dari Lombok itu yang cuba memikatnya.

“Disebabkan itu, Mak Su menjauhkan diri dan kami sekeluarga terkejut apabila selepas itu dia hilang,” kata Nora.

Nora berkata demikian ketika mengulas perkembangan kehilangan Idayu pada Jumaat lalu dipercayai dilarikan empat buruh Indonesia termasuk seorang wanita. [kosmo]