Lihat perompak kena tembak

Kota Bharu: “Melihat penjenayah mengacukan pisau, saya terus menolak anak berusia tiga tahun ke tepi sebelum meniarap ke lantai dan terdengar dua das tembakan,” kata Mohd Zulkifli Mohktar, 46, saksi kejadian samun membabitkan sebuah kedai emas di Jalan Temenggong, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, dua penjenayah yang melakukan kegiatan itu berputih mata apabila gagal melarikan emas, malah seorang daripada mereka ditembak mati oleh polis.

Menurut Mohd Zulkifli, sebelum kejadian, dia bersama isteri, Norazura Hussain, 30, yang hamil tujuh bulan dan anak, Nurwidaad Mohd Zulkifli, 3, berjalan kaki menuju ke arah kedai emas berkenaan.

Katanya, isteri melihat dua penjenayah turun daripada Proton Waja sebelum menyarungkan topi keledar berhampiran kedai emas itu.

“Penjenayah itu turun daripada kereta dan isteri melihat mereka memakai topi keledar sambil menanyakan kepada saya sama ada lelaki itu mahu merompak. [HMetro]